Monday, 8 March 2021

Hujung negeri dan hujan

 Sahabatku,

 Hujung minggu lepas, kugagahkan diriku untuk ke hujung negeri.

Seperti janjiku padamu.

Pada mulanya, aku agak ragu juga. 

Rentas daerah baru sehari dibenarkan dan aku sudah ke hujung negeri yang belum tentu ada orang lain menuruti laluannya.

Sepanjang jalan, tanah gersang dan kering mengiringi pemandangan. Sudah berminggu hujan tidak membasahi bumi Perak ini. Alam merindui basahnya awan, seperti aku merindui sentuhanmu, sahabat.

Setelah lebih dua jam aku menyusuri jalan, menggagahi cerun yang kadang-kadang terasa seperti tiada hujungnya, tiba juga aku ke hujung negeri. Yang tidak sampai sepuluh batu pun dari tempatmu.

Malang bercampur tuah, hujan yang dipingin turun membasahi bumi hujung negeri. Bersamanya,  awan gelap melindungi pemandangan dan hujan putih turun dengan selebat-lebatnya. 

Kumungkin tidak dapat menatap nesanmu, sahabat, tetapi ketika itu kurasakan alam mengerti perasaanku. Dan hujan itu umpama tangisanku merinduimu. Kusedekahkan ummul kitab buatmu. Semoga engkau dalam rahmat Nya sentiasa.

Sehingga kita bertemu lagi, sahabat. Aku akan sentiasa merinduimu dan mendoakan mu.


Feels like I'm standing in a timeless dream
Of light mists of pale amber rose
Feels like I'm lost in a deep cloud of heavenly scent
Touching, discovering you
Those days of warm rains come rushing back to me
Miles of windless summer night air
Secret moments shared in the heat of the afternoon
Out of the stillness
Soft spoken words
Say it, say it again
I love you always forever
Near and far closer together
Everywhere I will be with you
Everything I will do for you
I love you always forever
Near and far closer together
Everywhere I will be with you
Everything I will do for you
 
- Donna Lewis "I Love You Always Forever"

Thursday, 4 March 2021

Rindu petang

 Sahabat,

 Petang ini kerinduanku padamu membuak-buak.

 Mencakar hati, menyentap perasaan.

Aku tidak senang selagi ceritamu belum ada penghujung.

Ah, kalaulah aku mampu dan punyai kekuasaan magis.

Sudah pasti aku terbang segenap pelusuk pergunungan.

Mencari engkau.

Kerana aku yakin engkau sedang menanti.

Tuesday, 2 March 2021

Separa Bebas


Sahabat,

Hari ini, kerajaan akhirnya membenarkan kami merentasi daerah, setelah hampir tiga bulan kami tersekat di dalam lingkungan 10km dari kediaman. Ia akan bermula Jumaat ini (5 Mac 2021). Ini bermakna aku sudah boleh merayau ke segenap pelusuk negeri Perak ini.Walaupun mungkin tak cukup untuk aku merentasi jarak ke tempat kegemaranmu, yang kini menjadi tempat kegemaranku pula, ia dah cukup baik dari sebelum ini. Sekurang-kurangnya aku boleh ke Kuala Mu untuk mengenangmu dari jauh. Separa bebas untuk ke tempatmu.

Sahabat,

Tiada yang lebih menenangkan hatiku dari mengingatimu.
Walaupun kau dah lama tiada di sini.
Tiada di sisi.

Sahabat,

Lebih aku mengenalimu, lebih aku pasti yang aku melihat diriku sendiri dalam dirimu.
Kerinduanku padamu rasa tak terbendung lagi. Sering aku bayangkan petah dan becokmu bercerita.Tempatku berkongsi derita. Dan engkau memujuk dan menenangkanku.

Ah, betapa ia angan-angan cuma. Namun doaku untukmu tak pernah putus. Kita tidak ditakdirkan untuk dunia ini.

Tunggulah hujung minggu ini sahabatku. Aku akan berusaha untuk pergi sedekat mungkin tempat terakhirmu, dan dalam pada simbol nesanmu memenuhi ruang pandangku, akan kusebut namamu dan kupanjatkan doa untukmu.

Bukit dan gunung itu sentiasa menenangkanku sepertimana ia menenangkan kau, sahabat. Buat masa ini hanya itulah saja yang mampu diperbuat.

Take care, my friend.


Over Mountains
Over Trees
Over Oceans
Over Seas
Across the desert
I'll be there
 
In a whisper on the wind
On the smile of a new friend
Just think of me
And I'll be there
 
Don't be afraid, oh my love
I'll be watching you from above
And I'd give all the world tonight,
To be with you
Because I'm on your side,
And I still care
I may have died,
But I've gone nowhere
Just think of me,
And I'll be there
 
On the edge of a waking dream
Over Rivers
Over Streams
Through Wind and Rain
I'll be there
Across the wide and open sky
Thousands of miles I'd fly
To be with you
I'll be there

- The Escape Club "I'll Be There"

Hujung negeri dan hujan

 Sahabatku,  Hujung minggu lepas, kugagahkan diriku untuk ke hujung negeri. Seperti janjiku padamu. Pada mulanya, aku agak ragu juga.  Renta...