Sahabat,
Petang ini kerinduanku padamu membuak-buak.
Mencakar hati, menyentap perasaan.
Aku tidak senang selagi ceritamu belum ada penghujung.
Ah, kalaulah aku mampu dan punyai kekuasaan magis.
Sudah pasti aku terbang segenap pelusuk pergunungan.
Mencari engkau.
Kerana aku yakin engkau sedang menanti.
No comments:
Post a Comment