Jadi, inilah dia di tahun 2019.
Saya menghidupkan semula aktiviti berblog setelah sekian lama tidak aktif menulis panjang.
Di kala orang kebanyakan semuanya tertumpu di Facebook, Twitter dan Instagram.
Apa tujuannya?
Seperti dahulu, untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Di samping menulis dan merekod apa yang saya lalui, apa pendapat saya. Cuma mungkin di sini tiada tulisan tentang politik, tidak seperti ciapan saya di akaun Twitter.
Mengapa tidak?
Sejujurnya saya sudah penat bertekak pasal politik. Ia juga mengeluarkan sikap terburuk di antara kita, termasuk saya sendiri. Maka sudahlah. Saya hadkan pada Twitter saja. Di sana pun saya sudah kurang menciap pasal politik. Saya perlukan ruang baharu untuk menonjolkan, atau setidak-tidaknya, melihat diri saya dari sudut selain politik.
Lama dahulu ketika saya mula berblog, sekitar tahun 2004 - 2008, saya meluahkan segala yang terbuku di hati. Apabila kerjaya dan media sosial mula mengalih perhatian, saya berhenti dari menulis. Di tahun 2014, apabila saya mengalami depresi akibat hubungan saya dengan seseorang, saya kembali menulis di Wordpress untuk meluahkan perasaan; yang kemudiannya terhenti sekali lagi.
Sekarang, 5 tahun kemudian, saya tertekan lagi dek kerana pelbagai perkara. Menulis panjang ini sebenarnya bersifat terapeutik. Kali ini, saya akan cuba untuk konsisten menulis. Setidak-tidaknya, apabila saya sudah tiada nanti, saya berharap mereka yang menghampakan saya, akan dapat melihat saya dari sudut lain.
Eh apa saya mengarut ni anda faham tak? Hehe.
Mari berblog, dan selamat membaca!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hujung negeri dan hujan
Sahabatku, Hujung minggu lepas, kugagahkan diriku untuk ke hujung negeri. Seperti janjiku padamu. Pada mulanya, aku agak ragu juga. Renta...
-
Semalam Engkau sudah sepatutnya menyambut hari lahirmu Yang ke-38 Aku rindu sahabat-sahabatmu yang lain tentu begitu dan lebih-lebih l...
-
Sahabat, Hari ini, kerajaan akhirnya membenarkan kami merentasi daerah, setelah hampir tiga bulan kami tersekat di dalam lingkungan 10km dar...
-
Sahabatku, Hujung minggu lepas, kugagahkan diriku untuk ke hujung negeri. Seperti janjiku padamu. Pada mulanya, aku agak ragu juga. Renta...
No comments:
Post a Comment